Skip to main content

Pusat Pembelajaran Maya ditubuhkan pada tahun 2022 hasil daripada penstrukturan semula Pusat Pembelajaran Atas Talian Tahap Global. Tertubuhnya MAYA, aktiviti berkaitan e-Pembelajaran terutamanya latihan berkaitan pembelajaran teradun (Blended Learning), pembangunan bahan bagi tujuan kursus di bawah kategori MOOC serta keperluan infrastuktur (hardware dan software) berjalan dengan lebih sistematik dan berkesan.

Pusat ini mempunyai 3 jabatan dan 2 bahagian :

  1. Jabatan Pembangunan Pembelajaran Maya (PPM)
  2. Jabatan Pengurusan Sistem Pembelajaran (PSP)
  3. Jabatan Pendigitalan Kandungan (AVATAR)
  4. Bahagian Multimedia Interaktif & ICT (META)
  5. Bahagian Pentadbiran & Operasi (BPO)