Skip to main content

MALAYSIA MOOC

Malaysia Massive Open Online Courses

Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang melaksanakan inisiatif Massive Open Online Courses (MOOCs) untuk universiti awam, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh. Beliau berkata inisiatif itu bertujuan memastikan pembelajaran dalam talian dilaksanakan oleh institusi pengajian tinggi (IPTA) serta mengurangkan masa kelas.

MOOCs ialah kaedah pembelajaran dan pengajaran yang berkesan untuk IPTA kerana pelajar boleh mengakses mata pelajaran tersebut di mana-mana dan pada bila-bila masa melalui laman web https://www.openlearning.com/malaysiamoocs. Tambahan pula, Malaysia tidak lama lagi akan menjadi negara pertama di dunia yang membangunkan dasar kebangsaan mengenai pengiktirafan kredit untuk platform MOOCs. Melalui inisiatif itu, pelajar di seluruh dunia akan dapat melanjutkan pengajian mereka secara dalam talian secara percuma dan diberi pengiktirafan kredit.

“MOOC telah dilaksanakan di seluruh dunia selama bertahun-tahun tetapi tiada kredit diberikan selepas pelajar menamatkan kursus mereka. “Kementerian bercadang untuk memberikan kredit melalui MOOC negara sendiri untuk menggalakkan pembelajaran fleksibel dalam kalangan pelajar, mengurangkan pertindihan pembelajaran dan mengiktiraf pelajaran dan pengalaman yang diperoleh di luar bilik darjah konvensional.

GARIS PANDUAN 

UTHM MOOC

Antara senarai kursus atas talian yang ditawarkan :

Hydrology

Kenegaraan dan Pembangunan Mutakhir Malaysia

Electrical Measurement

Psikologi Pendidikan

Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

Pengajian Moral

Digital Signal Processing

Computer Algorithms

Electronic Circuit Analysis and Design

Electrical and Electronics Technology

Creativity and Innovation

Dotnet Programming 

Java Programming

Geoenvironment Engineering

Pemasangan dan Pendawaian Elektrik