SERVIS & PERKHIDMATAN
Staf akademik boleh membawa pengajaran ke dalam talian, memberikan tugasan, kuiz, dan mengurus kelas di satu platform.
Alihkan kursus anda ke dalam talian atau hibrid dengan MOOC untuk mencipta persekitaran pembelajaran yang aktif dan menarik.
Perlaksanaan program lepasan ijazah secara atas talian untuk jurusan Master & PHD. Platform ini mengandungi bahan pembelajaran, tutorial dan aktiviti setiap subjek.
Micro-credentials memberi peluang kepada individu bekerja untuk meningkatkan kemahiran spesifik yang diperlukan oleh majikan dan industri dalam tempoh singkat.
Bahan pembelajaran, pengajaran, dan penyelidikan tersedia di bawah lesen terbuka, membenarkan akses, penggunaan semula, penyesuaian, dan pengagihan semula tanpa kos.
Liputan media bagi aktiviti akademik dan acara rasmi universiti
Pelbagai aktiviti dirancang untuk meningkatkan kemahiran staf dalam penggunaan teknologi terkini dalam P&P. Semua staf akademik UTHM dijemput untuk sertai program kami.
Menerima pelajar latihan industri dari dalam dan luar UTHM (inbound & outbound) melibatkan bidang Teknologi Maklumat, Multimedia Kreatif, Animasi dan Kejuruteraan Perisian
Khidmat rakaman disediakan untuk majlis - majlis rasmi universiti. Khidmat ini juga turut disediakan secara percuma untuk komuniti setempat serta institusi pendidikan.