Skip to main content

Pusat Pembelajaran Maya (MAYA) ditubuhkan pada tahun 2022 hasil daripada penstrukturan semula Pusat Pembelajaran Atas Talian Tahap Global. Dengan tertubuhnya MAYA, aktiviti berkaitan e-Pembelajaran terutamanya latihan pembelajaran teradun (Blended Learning), pembangunan bahan bagi kursus di bawah kategori MOOC dan Micro-Credentials, pengurusan platform AUTHOR dan Open and Distance Learning (ODL) serta keperluan infrastruktur (perkakasan dan perisian) dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berkesan.

Pusat ini mempunyai 3 jabatan dan 2 bahagian :

  1. Jabatan Pembangunan Pembelajaran Maya (JPPM)
  2. Jabatan Pengurusan Sistem Pembelajaran (JPSP)
  3. Jabatan Pendigitalan Kandungan (JPK)
  4. Bahagian Multimedia Interaktif & ICT (BMI)
  5. Bahagian Pentadbiran & Operasi (BPO)